fbpx

Dua kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya dua kluster baharu dikenal pasti hari ini dilaporkan di Perak dan Melaka melibatkan kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster tempat kerja.

Kluster tersebut ialah Kluster Jalan Puncak Iskandar di Perak Tengah, Perak dengan tujuh kes positif Covid-19 dan Kluster Industri Batu Berendam 2 di Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah, Melaka dengan 148 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,854 kes harian dilaporkan dengan 13 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,466,663 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 79 kes (1.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,775 kes (98.7 peratus) kategori satu dan dua.

“Selain itu, terdapat 6,715 kes sembuh dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,368,634 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 570 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 293 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI