fbpx

Hujan di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rantau negara masih lagi menerima pengaruh angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang agak lemah iatu sekitar 10 hingga 30 kilometer (km) sejam.

Namun demikian di kawasan latitud yang lebih tinggi, kelajuan angin boleh mencapai sehingga 50 km sejam dan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 3.5 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan kaji cuacanya hari ini berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama telah pun dikeluarkan bagi kawasan utara Condore, utara Reef North dan juga Pulau Layang-layang sehingga 2 November nanti.

“Sepanjang tempoh amaran itu nanti, aktiviti seperti bot-bot kecil dan juga sukan laut adalah amat berbahaya.

“Imej gema radar terkini pula menunjukkan hujan di satu dua tempat kini sedang berlaku melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga sedikit di bahagian Sabak Bernam di Selangor,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, keadaan itu dijangka akan beransur reda satu ke dua jam lagi manakala bagi Sabah dan juga Sarawak, tiada hujan yang dicerap di negeri Sabah pada pagi ini.

“Namun demikian, keadaan cuaca agak mendung di sekitar kawasan persisiran Sarawak pada pagi ini dan hujan turut berlaku melibatkan bahagian Bintulu dan juga Kapit di negeri Sarawak tetapi dijangkakan akan reda sebentar sahaja lagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN