fbpx

Bajet 2022: Elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan menyeru agar pihak swasta memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 ringgit atas khidmat pelajar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sejak 2019 lagi, kerajaan telah mula
membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri.

“Pemuda-pemudi belia negara ialah penentu pada jatuh bangunnya negara ini.

“Pendedahan kepada alam pekerjaan amat penting untuk mereka berhadapan dengan dunia sebenar yang kian mencabar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Susulan itu juga katanya, kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan; iaitu meningkat berbanding 800 ringgit sebelum ini.

“Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pelan pembiayaan sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI