fbpx

Arak Timah akan tukar nama, imej – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander

PUTRAJAYA – Syarikat pengeluar arak jenama Timah iaitu Winepark Corpration (M) Sdn. Bhd. bersedia mempertimbang menukar nama dan imej pada label produk namun memohon tempoh seminggu bagi melalui proses syarikat mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, melalui perbincangan secara hibrid, syarikat itu telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama serta imej.

Katanya, perkara itu adalah antara hasil keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan melalui suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

“Pertemuan ini adalah susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat berkenaan bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Oktober lalu.

“Usaha ini menunjukkan kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah pada sebuah produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu sebelum satu mesyuarat diadakan dengan melibatkan beberapa Menteri dan agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI