fbpx

Asyik dengar muzik dengan peranti terkini Xiaomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELEFON pintar terkini keluaran Xiaomi ini dilengkapi dengan sistem pemantauan suhu.

MENJADI antara syarikat pengeluar telefon pintar yang pantas berkembang, Xiaomi kini mempertaruhkan peranti premium mereka di pasaran iaitu Xiaomi 11T Pro.

Peranti itu dikatakan merupakan telefon pintar pertama yang dilancarkan secara global dengan dilengkapi teknologi Xiaomi HyperCharge 120W yang membolehkan pengecasan 100 peratus hanya dalam tempoh 17 minit.

Teknologi itu juga telah menerima Pensijilan Sistem Pengecasan Cepat Selamat TUV Rheinland.

Kapasiti bateri untuk peranti ini adalah 5,000mAh dan mampu memberikan penggunaan yang lebih lama.

Selain itu, peranti itu juga disertakan dengan sistem pemantauan suhu masa nyata bagi memastikan selamat digunakan pada setiap masa.

Peranti ini juga ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 yang mampu menyokong sejumlah besar ciri-ciri kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, peranti ini hadir dengan skrin 6.67 inci FHD+ daripada panel AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Kualiti kamera pada peranti ini juga cukup memuaskan dan menampilkan tiga kamera dengan sensor 108+8+5 Megapixel bagi sudut lebar, sudut ultra lebar dan telemakro.

Sementara untuk kamera hadapan pula pula adalah 16 Megapixel.

Peranti ini ia didatangkan dengan dua pilihan variasi RAM dan setoran iaitu 8GB+256GB dan 12GB+256GB.

Bagi mereka yang gemar mendengar lagu atau menonton video melalui telefon pintar, boleh mempertimbangkan untuk memiliki peranti ini.

Ini kerana peranti ini dilengkapi dengan audio yang mengasyikkan Dolby Atmos serta dua pembesar suara Harman Kardon.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI