fbpx

Terlalu paranoid Covid-19, Esha Deol menjengkelkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESHA DEOL

SELEPAS beberapa ketika mengambil keputusan untuk berehat, pelakon Esha Deol kini bersedia untuk kembali semula ke layar perak.

Walaupun mengakui teruja, Esha tidak dapat menepis rasa bimbang untuk keluar bekerja ekoran takut dengan jangkitan Covid-19.

“Saya telah menerima suntikan vaksinasi lengkap dan sangat berjaga-jaga sama ada ketika berada di rumah atau di luar.

“Saya akan amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Saya memang sangat berjaga-jaga kerana tidak mahu dijangkiti wabak maut ini,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon berusia 39 tahun itu juga berkata, disebabkan sifatnya yang terlalu berhati-hati dan bimbang, ada ahli keluarganya menganggap dia sangat menjengkelkan.

“Saya akan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman, melakukan ujian calitan Covid-19 setiap hari dan mandi selepas keluar sehingga ahli keluarga sendiri menganggap saya terlalu risau dan menjengkelkan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI