fbpx

Stadium Shah Alam akan segera dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (hadapan, lima dari kiri) bergambar bersama barisan anggota Persatuan Pencinta Sejarah Bolasepak Selangor selepas melawat Galeri Hall Of Fame Selangor FC di Stadium Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM- Projek baik pulih Stadium Shah Alam akan dijalankan segera sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek baik pulih tersebut kini dalam fasa pembidaan projek oleh beberapa syarikat swasta.

“Sekiranya semua berjalan lancar, Insya-Allah kerja projek naik taraf akan dijalankan secepat mungkin.

“Kerajaan negeri telah meletakkan syarat bahawa stadium ini harus dibaik pulih dahulu, sebelum fasiliti lain di sekitar stadium ini dibaiki,” katanya selepas merasmikan Galeri Hall of Fame Selangor FC di Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ogos lalu, kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam bakal menjadi bandar sukan Selangor.

Mengulas berhubung pembukaan galeri berkenaan, Amirudin berkata, kerajaan negeri berasa bangga kerana Selangor FC mempunyai galeri bola sepak sendiri untuk menjadi tatapan orang awam dan peminatnya.

“Saya akan mencadangkan supaya galeri ini mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor kerana galeri ini dapat menceritakan secara keseluruhan susur galur sejarah bola sepak Selangor.

“Di samping itu, saya akan meminta jabatan berkaitan supaya memperbaiki segala kerosakan dalam galeri ini supaya orang awam selesa melawatinya,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI