fbpx

Kain kapan masih elok selepas puluhan tahun meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar oleh @kakzue_kaklat mengenai kain kapan arwah abangnya yang masih kelihatan elok.

PETALING JAYA – “Tengok kain kapan arwah abang selepas 23 tahun meninggal dunia elok sahaja,”

Itulah perkongsian seorang wanita apabila berkongsi detik-detik sewaktu proses pengebumian ayahnya yang ditanam satu liang lahad bersama arwah abangnya.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 24 saat yang dikongsi @kakzue_kaklat di TikTok, dia memaklumkan jenazah ayahnya telah dikebumikan satu liang dengan Allahyarham abangnya yang meninggal dunia pada tahun 1996.

Ketika kejadian,perkara yang mengejutkan telah berlaku kerana kain kapan arwah abangnya langsung tidak reput serta kain tersebut juga kelihatan elok dan tulang-tulang jenazah masih lengkap.

Susulan perkongsian video itu, orang ramai berasa perkara itu satu keajaiban kerana hanya insan terpilih sahaja yang diberi keistimewaan seperti itu.

“Pertama kali saya tengok kejadian seperti ini, kebaikan apa yang arwah lakukan sebagai abang, masih sempurna semuanya moga-moga arwah kedua-keduanya berada dalam kalangan orang beriman,” kata @darynaaziz.

“SubhanAllah, walau banyak persoalan tapi tetap terpegun bila kain itu masih tidah hancur setelah 23 tahun berlalu,” ujar @bunga_merah88.

“Masih sempurna, kuasa Allah, semoga Allah pelihara jenazah abang awak dan semoga mereka ditempatkan dikalangan penghuni syurga Allah,” jelas @aemanjoe.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 906,300 tontonan dan 59,100 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI