fbpx

3,015 kompaun ingkar SOP Covid-19 dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua kanan) melakukan pemeriksaan ke atas pengguna lebuh raya yang singgah di R&R Machap, Lebuh Raya Utara Selatan, Kluang, Johor hari ini. - NUR NABILAH RAHMAT

KLUANG – Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di negeri ini atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN), sehingga Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kompaun berkenaan dikenakan melalui tiga fasa iaitu masing-masing sebanyak 1,876, 327 dan 812 kes.

“Pemeriksaan terhadap individu yang berada di kawasan tumpuan seperti di pusat membeli-belah seramai 8,838 orang, taman rekreasi seramai 4,400 orang, tapak permainan seramai 1,910 orang, tempat perkelahan seramai 1,598 orang dan tapak perkhemahan seramai 51 orang.

“Daripada jumlah berkenaan seramai 8,665 individu telah diberikan nasihat manakala 41 daripadanya telah dikenakan kompaun atas kegagalan mengikut SOP Covid-19.

“Jumlah kompaun adalah berbeza-beza namun pelanggaran SOP di pusat hiburan kita akan memberikan kompaun maksimum,” katanya pada sidang akhbar  ketika melawat Pusat Rehat dan Rawat (R&R) Machap di Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI