fbpx

Syria hukum mati 24 individu bakar hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api marak dirakam di kawasan luar bandar Latakia, Syria pada 10 September 2020. - CNN

DAMSYIK – Kementerian Kehakiman Syria menyatakan semalam bahawa negara itu menjatuhkan hukuman mati terhadap 24 individu kerana membakar hutan pada tahun lalu  yang menyebabkan tiga orang terkorban dan hutan seluas beribu-ribu hektar musnah, lapor stesen penyiaran CNN.

Kementerian itu berkata, semua suspek  mengaku salah kerana menyebabkan kebakaran hutan di beberapa lokasi di tiga wilayah selepas mereka ditahan tahun lalu.

Hukuman mati tersebut dilaksanakan kelmarin.

Seramai 11 individu yang terlibat dengan jenayah itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, manakala empat yang lain pula diperintah menjalani hukuman buruh tahanan sementara.

Lima pesalah bawah umur pula dijatuhi hukuman penjara antara 10 tahun hingga 12 tahun.

Siri kebakaran tersebut menjejaskan 280 bandar, merosakkan lebih 370 buah rumah dan memusnahkan 11,000 hektar tanah hutan.

Sejumlah haiwan ternakan urut mati dan  peralatan serta infrastruktur tanaman musnah.

Kebakaran itu merebak hingga wilayah Latakia, Tartous dan Homs.

Presiden Syria, Bashar al-Assad melawat kawasan yang terjejas pada Oktober tahun lalu.

Kenyataan Kementerian Kehakiman menyebut bahawa pelaku mengaku merancang untuk mencetuskan kebakaran itu pada akhir Ogos 2020.

Hukuman mati di Syria dibenarkan bagi kes-kes jenayah termasuk pengkhianatan, pengintipan, pembunuhan dan pembakaran. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI