fbpx
FIZO akhirnya memuat naik beberapa keping foto isterinya sekaligus menamatkan semua spekulasi mengenai majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam.

Kamek sayang kitak – Fizo Omar dedah wajah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Menoktahkan semua persoalan ramai, aktor Fizo Omar akhirnya berkongsi foto isteri tercintanya, Fazeera Nazri Azrai , 25, dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Menerusi hantaran yang dinanti-nanti ramai tersebut, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memuat naik tiga keping foto dia dan isteri lengkap berpakaian serba putih pada majlis pernikahan mereka semalam.

Tidak disertakan sebarang maklumat lanjut mengenai pernikahannya, Fizo, 36, hanya meninggalkan kapsyen istimewa buat isteri tercinta yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.

“Kamek sayang kitak (saya sayang awak dalam dialek Sarawak),” tulis pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen termasuk beberapa selebriti tanah air mengucapkan selamat pengantin baru buat Fizo dan isteri.

Malah, ada juga yang tidak henti-henti memuji kejelitaan Fazeera yang juga merupakan seorang bekas pramugari itu.

“Kacak bini kitak, tahniah kitak dua (cantik isteri awak, tahniah buat anda berdua),” ucap seorang netizen.

Semalam, dia meninggalkan 1,001 tanda tanya selepas memuat naik foto berbaju Melayu berwarna putih dalam satu entri Instagram dengan kapsyen gurauan telah meninggalkan kumpulan duda dalam kalangan beberapa selebritri tanah air.

Mengesahkan hal tersebut, pengurusnya, Mimi memberitahu Fizo selamat bernikah dengan Fazeera dalam sebuah majlis ringkas di sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.- K! ONLINE

POPULAR