fbpx

[VIDEO] Peguam Neelofa, Haris hantar representasi gugur pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Neelofa dan Muhammad Haris tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di sini pagi tadi. FOTO NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Pihak pembelaan yang mewakili selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu.

Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan perkara itu selepas prosiding pengurusan kes tersebut di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Satu salinan representasi telah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara semalam dan kami memohon kepada pihak mereka untuk menggunakan budi bicara bagi menarik balik pertuduhan ke atas anak guam kami.

“Kita merasakan pertuduhan – pertuduhan yang di bawa (oleh anak guam) pada asasnya bukanlah satu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh,” katanya di sini hari ini.

Jelas Wan Aizuddin, pihak pembelaan telah diberi masa satu bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, Noor Neelofa, 32, yang memakai jubah putih manakala Muhammad Haris, 26, berpakaian sut lengkap bewarna biru tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dalam prosiding mahkamah memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan untuk mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat),” katanya di sini hari ini.

Majistret, Mohd. Firdaus Saleh kemudian menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI