fbpx

Lelaki maut dihempap traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah traktor yang terbalik dan menghempap seorang lelaki di ladang sawit Sg. Derhaka Sungai Lembing di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas traktor yang dipandunya terbalik dan menghempapnya di ladang sawit Sg. Derhaka Sungai Lembing di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 7 petang itu berlaku ketika mangsa, Loh Yi Hing, 62, sedang dalam perjalanan menghala ke pejabat ladang sawit berkenaan.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika traktor sedang bergerak lurus secara tiba-tiba traktor hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap pemandu traktor berkenaan.

“Akibat kemalangan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarulzaman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI