fbpx

Ibu cedera dipukul anak penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang warga emas berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila dipukul anak kandung sendiri menggunakan sebatang kayu di sebuah rumah di Pelangi Damansara, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun patah pergelangan tangan dan telah menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada pukul 11.30 malam hari yang sama, sepasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas laporan dibuat mangsa.

“Suspek yang berusia 45 tahun disyaki mencederakan ibu kandungnya berjaya diberkas.

“Wanita berkenaan kemudiannya menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek sering bertindak agresif dengan memukul dan meminta wang daripada mangsa untuk membeli dadah.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 15 rekod berkaitan dadah dan tiga rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI