fbpx

[VIDEO] Beruang betina 60 kilogram tersesat ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR beruang yang tersesat dan memasuki kawasan Hoshas di Temerloh sejak malam semalam.

TEMERLOH – Orang ramai di sekitar Paya Pulai termasuk di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh digemparkan dengan kehadiran seekor beruang yang tersesat sejak malam semalam.

Berdasarkan rakaman video oleh orang awam menunjukkan beruang berkenaan berkeliaran di sekitar kawasan termasuklah di kawasan hospital dan juga berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh.

Bagaimanapun, haiwan liar yang tersesat berkenaan dilihat cuba melarikan diri daripada orang ramai dan tidak menyerang atau mencederakan sesiapa.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md. Yasin berkata, pihaknya berjaya menangkap beruang berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

“Operasi menangkap haiwan berkenaan yang dilakukan oleh staf Perhilitan dengan kerjasama yang baik daripada penduduk kampung.

“Beruang betina seberat 60 kilogram berusia antara dua hingga tiga tahun itu dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan di sini bagi rawatan dan pemantauan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Rozidan, tiada sebarang kecederaan terhadap kakitangan Perhilitan dan orang awam dalam kejadian itu.

Katanya, berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan mendapati beruang berkenaan juga dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI