fbpx

Tiga kawasan di Klang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah keluarga yang di Jalan Mohd. Yamin, Klang

KLANG – Tiga kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat termasuk 16 buah rumah di Jalan Mohd. Yamin yang digenangi air setinggi 1.8 meter, hari ini.

Turut terkandas dalam banjir kilat tersebut adalah lima buah kenderaan termasuk jenis BMW dan Mercedes-Benz.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya antara pukul 5.16 hingga 5.28 petang berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kawasan terlibat meliputi Taman Melawis dengan air naik setinggi 0.3 meter namun tiada pemindahan dilakukan dengan air semakin surut.

“Limpahan sungai menyebabkan Jalan Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur berhampiran pasar raya besar Jusco Bukit Raja dinaiki air setinggi 1.2 meter dengan lima buah kereta terkandas.

“Kita telah mengarahkan pemandu kenderaan terlibat keluar daripada kereta masing-masing ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam menambah, pihaknya kini dalam proses mengeluarkan mangsa di 16 buah rumah di Jalan Mohd. Yamin selepas kawasan itu digenangi air setinggi 1.8 meter.

Beliau menjelaskan, operasi menyelamat di tiga buah kawasan itu melibatkan 20 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Kota Raja dan Pelabuhan Klang serta Banting. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI