fbpx

Trend menunjukkan penurunan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil Covid-19 di hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus menunjukkan trend penurunan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-41 (10 Oktober hingga 16 Oktober).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, trend positif ini selari dengan peningkatan liputan vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang menjadikan aktiviti pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif ‘reopening safely’ lebih meyakinkan.

Menurutnya, terdapat penurunan kes harian sebanyak 17.9 peratus daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41) manakala, jumlah kes baharu Covid-19 di Selangor mulai menunjukkan trend mendatar.

“Purata kes aktif pula menunjukkan penurunan 21.0 peratus daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41). Penurunan kes kematian pula sebanyak 15.3 peratus daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41).

“Selain itu, kes memerlukan rawatan di ICU menurun 12.0 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41) serta yang memerlukan bantuan pernafasan menurun 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, bagi nilai kebolehjangkitan RT pula kekal stabil sekitar 0.80 hingga 0.90.

Tambah beliau, 83 kluster dilaporkan pada ME ke-41 melibatkan 37 (44.6 peratus) kluster tempat kerja, 25 (30.1 peratus) kluster komuniti, 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan, sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI