fbpx
Laluan keluar Gua Musang mulai sibuk tengah hari ini. -Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

Laluan keluar Kelantan mula sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan bagi perjalanan merentas negeri ke Kuala Lumpur melalui jalan Gua Musang mula sibuk sejak tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berdasarkan pemantauan, peningkatan kenderaan dianggarkan 10 peratus.

Katanya, selain laluan utama itu, pengguna jalan juga sering menggunakan laluan di Jalan Gua Musang-Lojing untuk merentas keluar dari negeri ini.

“Sejak pagi ini, bilangan kenderaan yang ingin keluar menunjukkan sedikit peningkatan, namun trafik terkawal seperti biasa.

“Kita menjangkakan trafik laluan keluar akan semakin sibuk kerana cuti sudah habis dan berharap pengguna merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

POPULAR