fbpx

Kerajaan tidak sekat rakyat Malaysia kerja di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan.

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara tertakluk kepada terma, syarat dan perundangan di negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, terdapat ramai rakyat Malaysia bermastautin di luar negara untuk mencari rezeki termasuk Singapura yang dianggarkan seramai 400,000 orang di negara jiran tersebut.

Katanya, terdapat kekeliruan mengenai sekatan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara baru-baru ini, berkemungkinan berkait penjelasan isu Skim Pekerja Sektor Perladangan di Australia oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia semasa sesi jawapan lisan di Dewan Negara pada 11 Oktober lalu.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr. Justin Lee pada 7 September berhubung visa perladangan yang diumumkan oleh Kerajaan Australia.

“Ini kerana kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Australia masing-masing menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan guna tenaga dalam sektor perladangan, selain kebergantungan tinggi terhadap guna tenaga asing dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, senario di Australia dan Malaysia agak mirip iaitu sektor perladangan kebanyakannya melibatkan kerja 3D ‘Dangerous, Dirty and Difficult’ (kotor, bahaya dan sukar) menyebabkan ramai pekerja tempatan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam sektor tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI