fbpx
Gambar hiasan

Jualan kenderaan Oktober semakin baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jualan kende­raan pada bulan Oktober lebih baik berbanding bulan sebe­lumnya ekoran pembukaan lebih banyak perniagaan.

Menurut kenyataan, faktor syarikat menambah kapasiti pengeluaran dan membuat le­bih banyak penghantaran kenderaan juga antara faktor ­penyumbang kepada trend pada bulan Oktober yang bertambah lebih baik.

Pada bulan September, industri automotif tempatan mencatat jualan kenderaan sebanyak 44,275 unit yang mana daripada jumlah tersebut kenderaan penumpang adalah sejumlah 38,315 unit, manakala bakinya, 5,960 unit adalah kenderaan komersial.

Jualan terkumpul dari bulan Januari hingga September 2021 adalah sebanyak 318,874 unit berbanding tempoh sama tahun 2020 dengan melibatkan sebanyak 344,019 unit kende­raan.

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) pada bulan September adalah 153 peratus lebih tinggi berbanding bulan Ogos yang hanya melibatkan sebanyak 17,500 unit.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh operasi penuh dilaksanakan sepanjang bulan di seluruh negara selain disokong oleh pelonggaran sekatan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

POPULAR