fbpx

Mana ada orang betul-betul kaya baling duit!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua keping gambar yang dikongsi di Instagram anak pasangan tersebut semalam.

PETALING JAYA – Melihat kepada gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh pelakon utama filem Paskal, Hairul Azrin dan isterinya, Hanis Zalikha mungkin kita perasan satu gambar keluarga tersebut bersama seorang lelaki Cina.

Ternyata lelaki Cina tersebut adalah hartawan terkenal di luar dan dalam negara yang memiliki perniagaan besar, Tan Sri Vincent Tan.

Vincent Tan memang terkenal dengan kekayaannya dan beliau bukan kaya biasa-biasa. Beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila melihat beberapa foto yang dikongsikan oleh pasangan selebriti negara itu adalah cara berpakaian dan lagak orang yang betul-betul kaya.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mengenakan selipar berjenama Asadi.

Rata-rata orang ramai turut terkejut dengan penampilan tersebut dan menganggap penampilan dan lagak hartawan itu seperti orang kebanyakan tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’.

“Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul bilioner, bukan macam si polan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” jelas sitoaidaadnan.

“Biasa gila, kalau orang tak kenal tan sri ni ingat macam orang kampung biasa saja,” kata Mustaqimhusin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI