fbpx

Lapangan terbang Arab Saudi beroperasi pada kapasiti penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah umrah tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz di Jeddah pada 15 Ogos lalu. - AFP

RIYADH –  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan  bahawa operasi  lapangan-lapangan  terbang di negara itu berada  pada kapasiti penuh, lapor akhbar Khaleej Times semalam.

Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang Arab Saudi termasuk penerbangan peribadi, GACA menyatakan negara itu  akan menggunakan kapasiti lapangan terbangnya untuk mengendalikan  semua penerbangan domestik dan antarabangsa.

Badan itu menyatakan, status vaksinasi pelancong akan terus disahkan melalui aplikasi pengesanan kontak Covid-19, Tawakkalna. 

Langkah itu dibuat ketika Riyadh melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 kelmarin, selepas negara itu mencatatkan penurunan ketara kes jangkitan harian dan mencatat kemajuan besar dalam program vaksinasinya.

Memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri, orang awam tidak lagi wajib memakai topeng pelitup muka di kawasan terbuka.

Kerajaan juga menarik semula arahan penjarakan fizikal dan membenarkan kehadiran penuh di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di  Madinah. Kebenaran itu diberikan kepada i individu yang sudah lengkap  divaksin . – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI