fbpx

Jangan jadi lelaki dayus – Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS ISMAIL

PETALING JAYA – Pendakwah bebas Haris Ismail mengingatkan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu berkata, nukilan yang ditulis itu sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.

“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam,” tulis Haris.

Namun, ujar pendakwah berusia 27 tahun itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.

“Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.

“Tapi apa kata agama?” soalnya.

Dalam titipan sama, Haris turut mengingatkan lelaki bergelar suami menerusi satu hadis yang berbunyi: “Tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus”.

Ujar Haris, selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.

“Tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ.

“Jangan jadi lelaki dayus buat tidak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat. Kerana di akhirat nanti, jika bapa tidak menegur, akan dipersoal kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Haris turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.

Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

“Ubah fikiran kita, jangan hanya kerana kita anggap itu (perbuatan mungkar) sebagai lakonan, jadi tidak mengapa.

“Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan kita berkata tidak mengapa kerana sekadar lakonan sahaja, adakah itu boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak! Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terangkut sekali,” kata Haris. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI