fbpx
Gambar hiasan

Lelaki warga Myanmar maut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui maut di tempatnya bekerja di sebuah kilang di Mahsan, di sini, awal pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi berkenaan, mangsa, Moe Naing, 36 tahun dipercayai maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam keadaan mabuk bersama rakan-rakannya.

“Kejadian tersebut disedari pengurus kilang dan segera memaklumkan insiden berkenaan kepada pasukan polis.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian, namun pemeriksaan di kilang mendapati lima pekerja yang dipercayai suspek telah menghilangkan diri,” katanya hari ini.

Sumber berkata, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat. – K! ONLINE.

POPULAR