fbpx

Bomba selamatkan mangsa tersepit mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas berhadapan detik-detik cemas apabila tersepit di dalam mangkuk tandas di Wisma Sentosa Kuala Pilah, di sini, malam semalam. - IHSAN BOMBA

KUALA PILAH – Seorang lelaki warga emas berhadapan detik-detik cemas apabila tersepit di dalam mangkuk tandas di Wisma Sentosa, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, diselamatkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah.

Menurut Jurucakap Bomba, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer itu dan mendapati mangsa masih lagi tersepit di dalam mangkuk tandas berkenaan.

“Pasukan bomba telah bertindak memecahkan mangkuk tandas berkenaan bagi membuat kerja-kerja menyelamat.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pasukan paramedik untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI