fbpx

Rakyat makin sukar menabung kerana kesan pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berdepan kesukaran untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka, meskipun terdapat kesedaran yang semakin meningkat mengenai kepentingan menyimpan, menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2021.

Pengasas Bersama dan Pe­ngarah RinggitPlus, Hann Liew berkata, kaji selidik yang melibatkan 3,033 responden di seluruh negara itu menunjukkan masyarakat semakin kurang ­menyimpan berbanding kajian sama yang dilakukan tahun lalu.

Ini berkemungkinan besar di­sebabkan olehkesan ekonomi daripada Covid-19.

“Hanya 15 peratus responden dapat menyimpan sekurang-kurangnya RM1,500 setiap bulan berbanding 20 peratus pada 2020, manakala separuh daripada responden menyatakan mereka tidak mampu bertahan lebih dari tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

“Sebanyak 44 peratus ­responden membelanjakan sepenuhnya gaji bulanan mereka atau berbelanja lebih daripada gaji mereka, peningkatan marginal berbanding 43 peratus pada 2020.

“Sebanyak 21 peratus daripada responden pula menyatakan telah mengambil atau merancang untuk mengambil morato­rium pinjaman, dua kali lebih tinggi daripada anggaran industri,” katanya dalam laporan kajian tersebut.

Pada masa sama, Liew menjelaskan, rakyat di negara ini semakin serius untuk menyimpan sejak pandemik, dengan 63 peratus responden memilih dana kecemasan sebagai sebab utama mereka men­yimpan diikuti dengan pencen (49 peratus), me­lancong (40 peratus) dan pembelian harta/rumah (38 peratus).

“Semakin ramai rak­yat berpendapat bahawa, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak mencukupi untuk persaraan mereka, namun hampir separuh daripadanya masih belum mula merancang persaraan,” katanya.

Tambah Liew, sebilangan besar masyarakat juga mula menyedari kepen­tingan dana kecemasan disebabkan pandemik, namun impak ekonomi yang dibawa menjejaskan kebolehan masyarakat untuk menyimpan.

“Pun begitu, simpanan wang bukanlah satu-satunya cara untuk menguruskan wang.

“RinggitPlus akan terus berusaha mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kewangan dengan lebih baik melalui cara holisitik, merangkumi pengurusan hutang yang cekap dan cara lain untuk menggandakan wang mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI