fbpx
Tindakan anggota polis yang bertindak untuk tidak menghalang lelaki itu sedang solat mendapat pujian ramai.

Polis jaga trafik, orang ‘gila’ solat tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan anggota polis trafik tidak menganggu seorang lelaki yang sedang solat di tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dipercayai berlaku di Jalan Kuching semalam telah mendapat pujian orang ramai.

Tindakan anggota tersebut yang berdiri dibelakang lelaki itu sambil mengarahkan kereta-kereta di jalan raya supaya terus bergerak agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menerusi sebuah video berdurasi 29 saat, lelaki itu sedang solat di atas jalan raya dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling sambil di pantau oleh anggota-anggota polis trafik yang berada di situ.

Video berkenaan mendapat lebih 162,000 tontonan dan dihujani lebih 2,300 komen di media sosial Facebook.

Salah seorang pengguna Roshahan Soltan berkata, walaupun yang solat di tengah jalan itu orang ‘gila’ tetapi tindakan anggota polis yang tidak memberhentikan solat lelaki itu harus diberi pujian.

“Orang gila lah itu, tapi bagusnya abang polis trafik itu tetap hormat dekat dia, anggota-anggota itu biarkan dia habiskan solat dulu sambil mereka jaga keselamatan lelaki itu, polis Malaysia memang terbaik,” jelasnya.

Sementara itu, Andy Ahmad berkata, perbuatan lelaki itu seperti memberi peringatan kepada orang ramai agar menunaikan solat tanpa sebarang alasan walaupun dia dikategorikan ‘tidak sihat’.

“Yang diangkat sebagai ‘tak sihat’, sedang mengerjakan suatu amalan yang paling diwajibkan di dalam dunia, walaupun tak kena tempat tetapi tetap ada beberapa pengajaran di situ,” ujarnya. – K! ONLINE.