fbpx

7 suspek bunuh wanita Thailand disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat seorang wanita warga Thailand yang ditemui dalam longkang di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang, Gua Musang, Selasa minggu lalu. FOTO : AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Tujuh sekeluarga yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga Thailand yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang minggu lalu disambung reman tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum ini, kesemua suspek termasuk seorang suspek utama berusia 24 tahun direman tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga hari ini.

Menurutnya, tempoh tahanan reman itu disambung selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum proses pendakwaan di mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan: Cinta tak berbalas punca wanita Thailand dibunuh

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Selasa lalu, orang awam menemui mayat wanita itu dalam keadaan separuh bogel dalam longkang di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang berdekatan sebuah ladang sawit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI