fbpx

Cinta tidak berbalas punca wanita Thailand dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita warga Thailand ditemui di dalam longkang berhampiran ladang sawit Jalan Kuala Berang, Gua Musang, Selasa lalu.

GUA MUSANG – Angkara cemburu dan cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif kepada pembunuhan seorang wanita warga Thailand yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang di sini pada Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, punca pembunuhan tersebut didedahkan oleh suspek berusia 24 tahun yang ditahan sehari selepas penemuan mayat wanita berusia 44 tahun itu.

Katanya, suspek lelaki itu mengakui menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa yang berusia 20 tahun lebih tua daripadanya.

“Siasatan mendapati, mangsa yang merupakan ibu tunggal dipercayai telah dicekik dan dahinya dipukul dengan menggunakan tukul besi oleh suspek di kedai makan milik keluarganya pada pukul 12 tengah hari, Selasa minggu lalu.

“Apabila mendapati mangsa sudah meninggal dunia, suspek mengheret mangsa ke dalam bonet kereta sebelum mayatnya dibuang di dalam longkang dekat ladang kelapa sawit kira-kira 6 kilometer dari kedai makan itu,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, polis juga menemui selipar dan beg tangan mangsa di dua lokasi berasingan yang telah dibuang oleh suspek.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, orang awam menemui mayat wanita warga Thailand separuh bogel dalam longkang dipercayai dibunuh dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Selasa lalu.

Sehari penemuan mayat mangsa, polis menahan tujuh sekeluarga majikan wanita terbabit yang berusia antara 21 hingga 64 tahun di Felda Chiku untuk membantu siasatan.

Kesemua ahli keluarga suspek kini ditahan reman bermula Jumaat lalu sehingga esok untuk membantu siasatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI