fbpx

Laskar Siber Malaysia mahu SPRM siasat projek tambak laut di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman (dua dari kiri) di pekarangan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Laskar Siber Malaysia tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya berlaku aktiviti rasuah membabitkan pemberian konsesi penambakan laut di Melaka.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Datuk Lokman Adam berkata, pihaknya mahu SPRM menyiasat dari segi ketelusan pemberian konsesi itu.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa, ada individu menerima habuan bagi mempengaruhi kerajaan negeri Melaka untuk menganugerahkan projek penambakan laut itu.

“Siasatan kami mendapati, projek penambakan itu dianugerahkan kepada sebuah syarikat di mana 70 peratus penguasaan sahamnya dimiliki warga asing.

“Syarikat itu didapati didaftarkan di Singapura pada 12 Jun lalu. Bahkan, lebih merisaukan syarikat itu turut memperoleh lesen pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya ketika ditemui wartawan di luar bangunan SPRM di sini hari ini.

Lokman berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan nama baik UMNO diselamatkan sebelum individu itu dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Katanya, individu berkenaan dilihat boleh menjejaskan nama baik UMNO serta menjejaskan peluang kemenangan calon-calon dari lain dari parti berkenaan yang bersih.

Menurutnya, beliau juga melihat tindakan individu itu boleh disifatkan sebagai membuka pintu negara untuk dikuasai negara asing melalui penguasaan tanah dan pelabuhan.

“UMNO juga perlu memastikan individu bermasalah tidak dipilih sebagai calon PRN Melaka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI