fbpx

Perkhidmatan ETS, KTM Antara Bandar ditambah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah jumlah perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dan KTM Antara Bandar mulai 14 Oktober ini susulan kebenaran pergerakan rentas negeri yang berkuat kuasa semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Zain Mat Taha berkata, perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 12 perkhidmatan setiap hari berbanding dua pada ketika ini.

“Laluannya meliputi sektor Gemas-Padang Besar, KL Sentral-Ipoh, Gemas-Butterworth dan sebaliknya.

“KTMB juga menawarkan diskaun RM5 untuk 10,000 penumpang terawal bagi pembelian tiket yang berharga RM40 ke atas dengan kod promo BOLEHRENTAS yang mana tawaran ini bermula 14 hingga 24 Oktober ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, empat perkhidmatan Ekspres Selatan di sektor Gemas-Johor Bahru Sentral dan dua perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran di sektor Tumpat-Johor Bahru Sentral akan beroperasi setiap hari, setelah digantung sementara operasinya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Shuttle Timuran di sektor Kuala Lipis-Tumpat kekal beroperasi dengan 10 perkhidmatan.

“Secara keseluruhan, perkhidmatan KTM Antara Bandar akan beroperasi dengan 16 perkhidmatan,” ujarnya.

Jualan tiket akan bermula pada hari ini mulai jam 3 petang untuk perjalanan sehingga bulan Disember.

Dalam perkembangan sama, jelas beliau, bagi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kakitangan barisan hadapan KTMB akan memastikan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan menaiki tren dengan menunjukkan sijil digital di aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi Covid-19 sebagai bukti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI