fbpx

Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular seorang penghantar makanan dilanggar sebuah kereta di Jalan Ampang-Tambun, Ipoh semalam.

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai melanggar lari penghantar makanan di Jalan Ampang-Tambun di sini semalam telah tampil menyerah diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 48 tahun itu membuat laporan polis berkaitan kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.

“Kejadian pada pukul 9 pagi di hadapan Balai Polis Tambun itu berlaku apabila pemandu kereta tersebut mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun jatuh di atas jalan manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.

Katanya, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI