fbpx

Isu Pulau Batu Putih perlu dibawa ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Batu Putih. Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran berhubung kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh perlu dibawa ke muka pengadilan.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, isu tuntutan pulau berkenaan amat dekat dengan rakyat Johor sama ada daripada sudut sejarah mahupun kedudukan lokasinya.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu kerajaan Persekutuan mendapatkan dokumen dan pandangan yang diperlukan.

“Kerajaan negeri setuju dan akan memberikan sokongan penuh tentang tindakan undang-undang di bawah ‘tort of misfeasance’ ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes tersebut.

“Perkara itu perlu disegerakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa segera ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jemaah menteri bersetuju pasukan petugas khas diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI