KECANTIKAN yang dimiliki aktres Diana Danielle tidak perlu disangkal lagi.
Ramai yang memuji malah ada juga ingin menjadi jelita sepertinya.
Terpanggil untuk bersuara mengenai hal tersebut, isteri kepada Farid Kamil itu menegaskan untuk kekal jelita tidak semestinya perlu menjadi seperti orang lain.
“Kalau hendak cantik tak semestinya perlukan banyak duit dan saya pun tidak memerlukan banyak duit untuk menjadi wanita jelita. Ini semua filter (efek kamera)
“Saya tak mahu orang menghabiskan duit untuk jadi cantik seperti orang lain. Hanya perlu bangga dengan kecantikan diri,” pesannya.
Seronok dengar pesanan sebegini terutama untuk wanita di luar sana yang terlalu taksub untuk kelihatan cantik. Terima kasih Diana.
DIVA: Lega apabila adik-beradik kumpulan pelawak Zero tidak bergaduh. Terkejut juga lihat mereka bertanding dalam dua kumpulan berbeza untuk Maharaja Lawak Mega 2021.