fbpx

MAFI, Agrobank edar bantuan makanan kepada penduduk Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (dua dari kanan) dan Khadijah (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan bantuan kotak makanan di Jasin.

PETALING JAYA – Agrobank dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)  mengedarkan 100 kotak bantuan makanan kepada penduduk di beberapa lokasi sekitar Daerah Jasin yang terjejas pandemik COVID-19 menerusi program MAFI Prihatin.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pihaknya prihatin
akan kesukaran dengan situasi semasa yang sedang dihadapi komuniti setempat yang terjejas dan memerlukan bantuan serta sokongan dari segi keperluan asas makanan akibat kesempitan yang dialami sepanjang tempoh pandemik  ini.

“Sumbangan melalui program MAFI Prihatin ini melibatkan penyerahan  kotak makanan kepada penerima kumpulan sasar yang telah dikenalpasti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya dalam satu kenyataan.

Penyerahan kotak bantuan makanan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad B. Hamzah.

Selain itu, Khadijah menerangkan, sehingga kini, Agrobank telah mengagihkan pelbagai jenis dana rangsangan, termasuk menerusi program PEMERKASA dan PEMULIH dengan jumlah keseluruhan RM30.21 juta dan RM161.74 juta yang telah memberi manfaat kepada 462 pelanggan dan 1,574 pelanggannya bagi setiap program tersebut di seluruh negeri Melaka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI