fbpx

Selepas ‘disentuh’, Vida dakwa kena gangguan misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DSV hampir pitam ketika sesi siaran langsung Instagram kerana didakwa terkena gangguan misteri.

PETALING JAYA – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) hampir pitam ketika sesi siaran langsung Instagram bersama peminatnya kerana didakwa terkena ‘gangguan’ misteri semalam.

Menerusi sesi live DSV di media sosial Instagram miliknya, dia secara tiba-tiba kelihatan sangat lemah, badannya terasa panas dan hampir muntah-muntah tanpa diketahui penyebabnya.

Berdasarkan sesi live Instagram semalam, kelihatan di penghujung sesi tersebut DSV kelihatan mengipas dirinya sendiri kerana beliau berasa panas sedangkan individu di sebelahnya berasa sejuk.

“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ini, tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?.

“Saya terkena apa-apa ke? gangguan ke? nak muntah rasanya tapi tak lepas, saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya semalam.

Selepas kejadian itu, DSV dilihat mengadakan sesi solat hajat beramai-ramai di rumahnya bagi mengelakkan diganggu perkara yang tidak diingini dan beliau telah mencetak beberapa ayat al-Quran termasuk ayat Kursi sebagai ‘pendinding diri’.

“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam, jadi hari ini siapa nak ‘kenakan’, saya dah letak ayat Kursi sebagai pelindung,” katanya lagi.

Susulan perkongsian kisah itu, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan DSV supaya segera berubat dengan individu yang lebih pakar dan orang ramai juga mendoakan kesihatan beliau.

“Minta maaf Datuk, kena pergi berubat juga itu kerana asyik panas sahaja tiap kali maghrib, itu merupakan salah satu tanda terkena gangguan,” jelas @Pastelsey_ranger.

“Datuk Seri nampak tak sihat dalam live tadi, tolong jaga kesihatan dan jangan stress perlu banyakkan berehat. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan,” ujar @Cikguidaa.

“DSV, sentisa kekal sihat banyak orang di luar sana, tidak bernasib baik seperti awak. Saya harap Datuk tak putus asa supaya boleh tolong mereka yang dalam kesusahan,” kata @judysato16.

Terdahulu Kosmo! melaporkan isu hubungan percintaannya dengan jejaka Ahmad Iqbal Zulkefli yang terputus di tengah jalan susulan mendapat tentangan daripada anak-anak DSV. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI