fbpx

Keyakinan pelabur meningkat pada H1 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemindahan dipercepatkan ke pasaran utama akan membolehkan akses yang lebih luas kepada pelabur. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keyakinan pelabur dan perusahaan terhadap pasaran modal di Asia Tenggara khususnya di Malaysia telah meningkat bagi tempoh separuh tahun pertama (H1) 2021.

Ketua Tawaran Awam Permulaan (IPO) Deloitte Malaysia, Wong Kar Choon berkata, perkembangan baik ini dilihat melalui 14 aktiviti penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang membawa kepada penjanaan RM395 juta dan permodalan pasaran RM1.5 bilion.

Menurut beliau, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, hanya me­nyaksikan tujuh penyenaraian.

“Malaysia bukan satu-satu­nya pasaran modal di rantau ini yang menyaksikan prestasi baik, tetapi pasaran modal di Asia Tenggara secara keseluruhannya menyaksikan 59 penyenaraian pada H1 2021, menjana AS$5.97 bilion (RM24.21 bilion).

“Thailand terus merekodkan prestasi terbaik dengan penjanaan AS$3.3 bilion (RM13.8 bilion), mewakili 55 peratus daripada modal yang dijana di rantau ini,” katanya dalam laporan pertengahan tahun firma pengauditan Deloitte Malaysia semalam.

Menurut Kar Choon, peningkatan keyakinan di pasaran mo­dal antara lain disokong program vaksinasi di kebanyakan negara serantau yang bermula pada tahun ini.

“Selain itu, syarikat yang merekodkan prestasi baik ketika pandemik dilihat akan terus meningkatkan kehadiran serta kapasiti mereka dan langkah untuk mengembangkan perniagaan membawa kepada aktiviti menjana wang di pasaran modal.

“Pasaran modal juga terus menerima sokongan daripada pelabur runcit.

“Meskipun jumlah dagangan telah berkurang setelah mencapai paras tertinggi tahun lalu, purata jumlah dagangan ha­rian diharapkan bakal meningkat menjelang hujung tahun dengan pembukaan semula perniagaan selain peningkatan kadar vaksinasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI