fbpx

Agihan dividen AHB 4.7 sen seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHB telah menyiapkan KPJ Damansara Empire Specialist Hospital yang akan disewakan kepada KPJ Healthcare.

PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan agihan pendapatan akhir Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.35 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.

PHB adalah anak syarikat Ya­ya­san Amanah Hartanah Bumi­pu­tera (YAHB) dan Maybank As­set Management Sdn. Bhd. (MAM).

Nilai tersebut terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 2.15 sen se­unit dan agihan bonus 0.20 sen seunit untuk 500,000 unit pertama setiap pemegang unit.

April lalu, PHB dan MAM mengumumkan agihan pendapatan interim berjumlah 2.15 sen seunit berserta pengagihan bonus 0.20 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021.

Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan bagi tempoh setahun adalah 4.70 sen seunit, melibatkan jumlah agihan sebanyak RM169.40 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, pulangan 4.70 sen seunit selepas zakat merupakan pula­ngan pelaburan yang kompetitif dalam keadaan pasaran tidak menentu.

“PHB baru sahaja selesai menyempurnakan pembelian sebuah bangunan kolej pendidikan swasta antarabangsa di Johor, selain menyiapkan pembinaan sebuah hospital swasta 300 katil di Kuala Lumpur yang akan di­sewakan sepenuhnya kepada KPJ Healthcare Berhad. (KPJ Healthcare).

“Kedua-dua aset ini akan me­ningkatkan portfolio hartanah PHB sebanyak RM740 juta dan kami merancang untuk menyuntik aset ini ke dalam AHB dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahmud Fauzi menerangkan, PHB juga sedang giat berun­ding untuk membeli beberapa buah gudang logistik yang telah di­sewakan sepenuhnya.

Tambah beliau, syarikat juga me­rancang untuk membangunkan beberapa lagi gudang logistik serta hospital swasta bagi me­ngukuhkan portfolio dalam sektor perindustrian dan penjagaan kesihatan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAM, Ahmad Najib Nazlan berkata, pihaknya sedang berusaha memperkenalkan skim pe­laburan semula ­pengagihan pendapatan khusus untuk peme­gang unit runcit, yang mana agihan pendapatan akan dilaburkan semula sama ada sebahagian ataupun keseluruhan.

“Melalui skim ini, pemegang unit akan mendapat manfaat daripada kesan pengkompaunan ke atas pulangan serta peningkatan pegangan unit secara automatik tanpa perlu menunggu tawaran unit baharu,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN