fbpx

‘Saya nekad dengan keputusan berhijrah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mendedahkan bahawa dia sudah memaklumkan hasrat untuk berhijrah pada jendela perpindahan dibuka Julai lepas. – AFP

PARIS – Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe akhirnya membuka mulut bahawa keputusan untuk berhijrah sudah dimaklumkan kepada pengurusan sejak jendela perpindahan dibuka Julai lepas.

Kata Mbappe, keputusan yang dibuat itu adalah muktamad tetapi gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan untuk berhijrah memandangkan kontraknya masih berbaki setahun sebelum berakhir secara rasmi selepas tamat musim ini.

“Saya sudah telah memberi notis awal kepada pengurusan PSG bahawa saya mahu berhijrah dan jika boleh ia dilakukan pada jendela perpindahan lepas. Saya nekad dengan keputusan saya tetapi ia tidak berlaku dan saya terpaksa hormati baki kontrak yang ada.

“Secara jujur, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan PSG tetapi beberapa dakwaan mereka yang mengatakan saya menolak kontrak lumayan selepas ditawarkan sehingga enam, tujuh kali adalah tidak benar.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira dengan PSG dan mahu membalas jasa mereka selepas empat tahun berbakti bersama kelab ini. Cuma, saya sudah ada perancangan mengenai masa depan saya, itu adalah yang terbaik,” katanya.

Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi La Liga, Real Madrid sejak dua musim lalu dan jendela perpindahan kali ini menyaksikan The Galacticos akhirnya mengemukaan bidaan rasmi maksimum bernilai £154 juta (RM889.26 juta) tetapi ditolak mentah-mentah PSG.

Malah, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini mengakui bahawa mereka tidak akan melepaskan khidmat pemain ber­usia 22 tahun itu pada sebarang tanda harga walaupun sedar bakal kehilangan penyerang antarabangsa Perancis secara percuma tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI