fbpx

Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kejadian selepas suspek kes curi itu dibakar bersama motosikal yang didakwa dicurinya. - Polis Kwanyar

JAKARTA – Seorang suspek kes curi motosikal di wilayah Jawa Timur, Indonesia maut selepas dibakar hidup-hidup oleh orang ramai yang berang dengan aktiviti jenayahnya itu, lapor laman berita Tribun News hari ini.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Abdur Rahman, lelaki yang didakwa pencuri itu dikatakan mencuri sebuah motosikal pada pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam.

“Sekitar pukul empat petang (waktu tempatan), suspek berjaya ditangkap orang ramai dan dibelasah sehingga lembik,” katanya.

Tambahnya, semakin lama, semakin ramai yang turut serta membelasah suspek sehingga dia akhirnya diseret ke sebuah kawasan tanah kosong dan dibakar hidup-hidup.

“Kemarahan orang ramai semakin memuncak sehingga lelaki itu akhirnya dibakar.

“Ada antara penduduk yang melarang dia dibakar kerana melihatkan keadaannya yang sudah tidak berdaya,” katanya.

Jelas Abdur Rahman, terdapat juga penduduk yang cuba menghubungi ketua kampung dan polis, namun gagal dihubungi.

Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik di media sosial. Dalam video itu, dapat dilihat mayat suspek yang hangus bersama motosikal yang didakwa dicuri.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kwanyar, Mohammed Mansur mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat lelaki itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI