fbpx
MUKHAIRI (kanan) bertekad untuk memikat hati ketua jurulatih Harimau Malaya agar disenaraikan dalam aksi menentang Jordan malam esok atau Uzbekistan pada Sabtu ini.

Mukhairi berasa teruja dapat sarung jersi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANG sedang meningkat naik Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi enggan mensia-siakan peluang tersenarai dalam barisan 22 pemain Harimau Malaya bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan ­minggu ini.

Mukhairi, 20, antara enam muka baharu yang dipanggil selain penjaga gol PJ City, ­Kala­mu­llah Al-Hafiz Mat Rowi, Quentin Cheng, Al Hafiz Harun (Penang FC), Muhammad Hakimi Abdullah (Terengganu FC) dan Muhammad Fayadh Zulkifli Amin (KDA FC).

Justeru, Mukhairi yang beraksi sebagai pemain tengah bertekad untuk memikat hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe agar diturunkan beraksi menentang Jordan malam esok atau Uzbekistan pada Sabtu ini.

“Saya rasa bersyukur dapat call up (panggilan) antarabangsa dengan Malaysia buat kali pertama.

“Saya akan beri sebaik mungkin apa yang ada dalam diri saya dengan peluang yang diberikan oleh Coach Tan (Cheng Hoe),” katanya.

Sebagai rekod, Mukhairi sememangnya berhak membuat debut antarabangsa selepas cemerlang dalam 19 perlawanan Liga Super bersama Selangor pada musim ini.

Menariknya, pemain berasal dari Kuantan, Pahang itu adalah antara watak penting Gergasi Merah kerana telah bermain selama 920 minit permainan, selain berjaya menjaringkan satu gol dan dua umpanan jaringan sepanjang Liga Super musim ini.

Sehubungan itu, Mukhairi perlu memanfaatkan peluang bersama Harimau Malaya kerana dia bakal menggalas tanggungjawab besar bersama skuad bawah 20 (B20) tahun negara untuk aksi kelayakan Piala Asia B23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia.

Selain tuan rumah, Mongolia, skuad bimbingan Brad Maloney itu juga bakal berdepan Laos dan Thailand dari 25 hingga 31 Oktober ini.

POPULAR