fbpx

Mendiang bapa pasti bangga – ‘Ali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUPAM Tripathi yang melakonkan watak Ali dalam Squid Game.

PELAKON lelaki ini, Anupam Tripathi bukan berdarah Korea tetapi mencuri tumpuan menerusi siri nombor satu dunia, Squid Game. Karakternya sebagai Ali dalam siri berkenaan cukup berbekas di hati penonton.

Anupam berpindah ke Korea Selatan pada 2010 selepas seorang rakan menyarankan dirinya untuk mendapatkan biasiswa dari Korea National University of Arts (KARTs).

“Saya menyembunyikan hasrat untuk pindah ke Korea Selatan daripada ibu bapa dan pada masa sama, mempersiapkan diri untuk menduduki ujian kemasukan (ke universiti berkenaan) kerana mereka tidak bersetuju.

“Apabila diterima masuk, baru mereka tahu,” katanya kepada Today Online.

Tidak mengeluh apabila sering diberikan watak tempelan dalam naskhah terbitan produksi Korea Selatan, Anupam menjelaskan, disebabkan ‘tidak sebulu’ dengan ibu bapanya, perihal itu memberi semangat dan motivasi kepadanya untuk membuktikan sesuatu.

“Kadang-kadang saya tertanya kepada diri sendiri, bolehkah saya teruskan kehidupan di sini kalau tiada pekerjaan,” luahnya.

Justeru, apabila karakter imigran bernama Ali menjadi sebutan penonton, semua ahli keluarganya mula melihat potensi sebenarnya sebagai aktor.

Malangnya, hanya seorang ahli keluarganya tidak dapat melihat manis kejayaan Anupam, iaitu mendiang bapanya.

“Mendiang bapa pasti gembira dengan kejayaan saya sekarang tetapi dia telah meninggal dunia pada 2017,” luah Anupam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI