fbpx

Kes sembuh atasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes sembuh kekal mengatasi kes harian dengan 15,456 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,116,021 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 8,075 kes baharu dilaporkan dengan enam kes import dan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,285,640 kes.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 160 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 7,915 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 867 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 461 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja, enam kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI