fbpx
BEN AMIR masih mencari calon istyeri yang memahaminya, paling penting yang tidak banyak drama.

Ben Amin cari calon isteri ‘tak ada drama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP lelaki pasti mengimpikan seorang wanita yang sempurna atau memiliki semua ciri idaman untuk dijadikan sebagai isteri peneman hidup dunia akhirat.

Sama juga dengan si kacak Ben Amir yang turut memiliki senarai ciri-ciri isteri impiannya.

“Jenis calon isteri yang awak cari?” soal seorang netizen dalam InstaStorynya.

Tidak mengelak, Ben menyenaraikan beberapa ciri yang dicarinya termasuklah seorang yang setia dan ‘tiada drama’ dalam kehidupan.

“Memahami, setia, menerima saya seadanya, penyayang, ‘tiada drama’, bercita-cita tinggi dan seorang ke arah kehidupan yang sihat,” kata pelakon drama Sweet Dreams itu.

Diva suka dengan ciri-ciri ‘tiada drama’ itu. Iyalah, benda-benda begitu yang boleh buat pening kepala nak uruskannya nanti.

Apa pun, semoga Ben bertemu dengan calon isteri yang dicari-carinya.

DIVA: Risau betul dengar ada kes positif di Pulau Langkawi. Semoga semuanya berjalan dengan baik di sana.

POPULAR