fbpx

Jung-jun, muncul 10 saat pun popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUNG-JUN

NAMPAKNYA drama bersiri Squid Game terus menjadi fenomena dek kerana sambutan hangat penonton di seluruh pelosok negara.

Baru seminggu ditayangkan menerusi platform penstriman digital, Netflix, bukan sahaja jalan cerita yang menarik dan penuh mendebarkan, hampir setiap pelakonnya turut menerima tempias populariti.

Perkara tersebut turut dirasai seorang pelakon tambahan, Lee Jung-jun yang hanya membuat kemunculan selama 10 saat dalam drama tersebut.

Jung-jun melakonkan watak petugas yang telah melanggar peraturan dengan membuka topeng muka dan menunjukkan wajahnya kepada peserta.

Biarpun muncul hanya seketika, wajah tampan dan ekspresi penuh emosi aktor baharu itu turut meninggalkan impak kepada penonton.

Buktinya, jumlah pengikut Instagram pelakon berusia 23 tahun itu naik mendadak kepada 500,000 pengikut.

Lebih manis, peminat turut mencipta akaun kelab peminat dalam Instagram yang diberi nama @leejungjun_fan.

Untuk rekod, Jung-jun pernah membintangi beberapa drama popular antaranya Best Mistake 2.

Dia juga kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang lakonan di sebuah universiti awam tempatan di Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI