fbpx
Keadaan dua kenderaan yang menyebabkan seorang ramaja perempuan maut hari ini.

Pemandu Myvi dipercayai cuai, tiada lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan termasuk jentolak sehingga mengorbankan seorang remaja perempuan di Jalan Telok Gong berhampiran Masjid Jamek di sini dipercayai akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memasuki laluan jentera berat tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa kejadian Perodua Myvi yang dinaiki tiga individu termasuk dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Pandamaran.

Ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di kedai.

“Kereta dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar jentolak.

“Akibatnya, penumpang hadapan Perodua Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Berita berkaitan: Remaja maut nahas dengan jentolak

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta tidak mempunyai lesen memandu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987,” jelasnya.-K! ONLINE.

POPULAR