fbpx

MDEC nafi tawar baucar tunai kepada perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menafikan telah mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan tawaran baucar yang boleh ditebus untuk tunai kepada syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

MDEC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari terdapat banyak percubaan yang menggunakan namanya di media sosial dan WhatsApp untuk menipu orang ramai.

“MDEC ingin menegaskan bahawa maklumat atau hantaran berkenaan adalah palsu dan telah memberi persepsi negatif kepada program sokongan pendigitalan perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk para peniaga,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, MDEC berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan sebarang penyebaran maklumat tidak sah atau palsu dan sebaiknya merujuk perkara berkenaan di laman sesawang atau saluran media sosial rasmi MDEC untuk mendapat maklumat tepat serta terkini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI