SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang mengenalpasti jumlah kenderaan yang rosak dan tuntutan dilakukan penduduk yang rosak akibat banjir kilat baru-baru ini.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, pengumpulan data itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu lalu selepas pihaknya sebelum menerima aduan dan tuntutan mengenainya.
“Buat masa ini, kita belum ada jumlah tepat. Mungkin seminggu dua lagi kita akan mendapat jumlah sebenar berapa individu yang membuat tuntutan kerosakan tersebut,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, hujan lebat menyebabkan banjir kilat sekaligus menenggelamkan beberapa kawasan di Shah Alam termasuk Kampung Kebun Bunga disifatkan oleh penduduk sebagai kejadian terburuk sejak tahun 2006. -K! ONLINE














