fbpx

SSM nafi data entiti perniagaan bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data melibatkan entiti perniagaan di Malaysia seperti dilaporkan beberapa portal hari ini.

SSM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman dan memberi jaminan semua maklumat korporat yang diserah simpan kepada SSM adalah selamat dan dilindungi oleh beberapa lapisan teknologi keselamatan maklumat yang diiktiraf.

“SSM akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan ini.

“Dalam masa sama, SSM menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat entiti perniagaan berkaitan syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad untuk berurusan melalui saluran yang diiktiraf SSM,” jelasnya di sini hari ini.

Saluran yang diiktiraf tersebut ialah www.ssm4u.com.my atau www.ssm-einfo.my atau www.mydata-ssm.com.my.

Untuk sebarang aduan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel kepada [email protected]. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI