fbpx

Pasar tani agro pelancongan di NS tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakri (kiri) menyerahkan sumbangan bubur jagung kepada pengunjung di Pasar Tani Ampangan, hari ini sempena sambutan Ulang Tahun FAMA Ke-56.

SEREMBAN – Sebuah pasar tani agro pelancongan akan diwujudkan di Port Dickson tahun depan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan sekali gus dapat merancakkan lagi sektor ekonomi di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, pasar tani itu akan beroperasi di tapak Gerai Buah-buahan Segar (GBBS), Batu 4, Port Dickson.

Menurutnya, pelaksanaannya masih dalam peringkat kajian sehingga bulan Disember akan datang sebelum ia beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan.

“Ia sebenarnya sudah dijalankan secara mingguan pada setiap hujung minggu bagi melihat sama ada ia menerima sambutan daripada pelancong setempat atau sebaliknya sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun depan.

“Pasar tani agro pelancongan itu nanti akan melibatkan kira-kira 30 usahawan pasar tani termasuk jualan kraftangan dan produk-produk makanan tempatan. Pemilihan lokasi itu disebabkan Port Dickson menjadi lokasi tumpuan utama pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Tani Ampangan sempena Ulang Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke-56 di Ampangan, hari ini.

Jelas beliau, selaras pengumuman kerajaan mengenai peralihan Negeri Sembilan ke Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), pasar tani di seluruh negeri ini telah dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI